BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 6, 2013

Redang - pulau yang mempesonakan



woohoooo.....cantikkan air laut redang ni..fikiran jadi tenang lepas pandang laut biru turqoise ni. masa mula2 sampai rasa macam tak percaya boleh sampai ke pulau yang turut tersenarai antara pulau yang tercantik di dunia. 








selipar ada 3 pasang. hmmmm...maksudnya kami bertiga je buat trip ke pulau redang. walaupun terdiri daripada kumpulan yang kecil, yang penting kami seronok dan dapat menghayati keindahan pulau dengan tenang.
seperkara lagi, pekerja2 kat sini mudah mesra terutamanya kepada kumpulan kecil mcm kami ni. dan kadang2 tu ada yang ajak kami berborak dan naik bot keliling pulau. kami dah tambah lagi kawan2 di sana (^_^)







tgk tu, muka xsabar nak snorkeling. last pergi pulau perhentian sebab tu rasa excited. selepas hampir 3 tahun menunggu akhirnya...redang, we are here!




  
makin teruja dapat tgk coral reefs. aktiviti yang kian lama dirindui.
bila dah tgk dasar laut ni rasa nak selam terus utk tgk lebih dekat. orang yang ada jiwa laut macam aku ni je akan faham perasan ni. 
adik kat depan ni datang dengan family dia. umur baru 6 tahun tapi dah berani join aktiviti snorkeling ni. 





ha...kan dah cakap akhirnya aku terjebak jgk kat dunia skuba. 
untuk permulaan, kami mencuba dulu discover scuba diving. bersama cikgu ayie, beliau ni merupakan diving instructor. cool je orangnya (ko jangan macam2. haha!)
orang baru yang baru merangkak2 macam kami ni diberi pendedahan video tentang scuba, technique n equipment. ujian menjawab soalan tentang skuba pun ada jgk tau. senang je soalan dia.









yeah...dive buddies! macam tak percaya akhirnya bersarung jugak scuba diving dress ni. kau hado?
sebelum masuk ke dasar laut, cikgu ayie ajar kami teknik nafas dengan betul, n how to stop goggles from fogging masa kat dalam laut tu. akhirnya cikgu ayie dan cikgu adam bawa kami menyelam ke dasar laut. lebih kurang 35 minit jugak kitorang menyelam (sepatutnya 40 minit)
cikgu ayie puji kami psl boleh selam lama tanpa minta naik ke atas. orang yang dia ajar sebelum ni 15 minit sikit2 nak naik atas. (saja nak gtau jugak. ngeh! ngeh!) dia kata dah boleh ambil diving license dah ni. hew..hew.. makin bongkak semangat  pulak ambik license lps ni.






Nak tengok gambaran dan suasana underwater world masa kami menyelam?

Coming soon…
























0 comments: